Dapatkan Ganjaran untuk Kitar Semula E-Sisa dengan Riiicycle
Kitar semula e-sisa anda melalui Tong E-Sisa yang ditetapkan dan dapatkan Riiipoints dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini:
Muat Turun, Daftar & Log Masuk
Muat turun, daftar, dan pasang aplikasi Riiicycle, kemudian log masuk ke akaun anda.
Cari Tong E-Sisa Berdekatan
Gunakan ciri lokasi dan peta google untuk mencari Tong E-Sisa terdekat.
** Semak waktu operasi terlebih dahulu bagi memastikan perkhidmatan yang anda perlukan tersedia
Bawa e-sisa anda ke tong yang ditetapkan
** Semak waktu operasi terlebih dahulu bagi memastikan perkhidmatan yang anda perlukan tersedia
Gunakan Ciri Snap & Throw
Pilih Saya Mahu Kitar Semula dan tekan pilihan Snap & Throw
Teruskan dengan mengikuti arahan pada skrin.
Pilih Tong yang Betul
Masukkan Lokasi Tong E-sisa mengikut Nama dan klik padanya
Muat Naik e-sisa anda
Klik pada Pilih Fail dan ambil video e-sisa yang anda mahu kitar semula.
** Pastikan semua bahan kitar semula kelihatan dengan jelas semasa mengambil video sebelum membuang ke dalam tong
Pilih Kategori Kitar Semula & hantar
Pilih kategori E-Sisa yang betul, isi maklumat barang anda, dan hantar
Jejaki Permintaan Anda
Anda boleh melihat status penyerahan anda melalui Permintaan Perkhidmatan di Skrin Utama
Pasukan kami akan menyemak penyerahan dan permintaan anda akan selesai dalam masa 1 - 3 hari bekerja
Nikmati Riiipoints Anda & Tebus Ganjaran
Riiipoints anda akan dikreditkan ke akaun anda setelah permintaan anda berjaya selesai